Ada kat sini yg kaki terjun x? pe kate korg tiru skill dia nih! mmg skill abes ar! konpem kalo korg buat, org pandang..hahaha! Lawak sungguh mamat nih..dia nervous kot..muke blur2 je mase naek balik..huhu! Enjoy!
Saturday, August 6, 2011
Cara nak dapat Mcdonald's free
Kat bawah ni Kecohabes nk kongsi nak dpt Mcd free..tp korg jgnla buat..haram..hahaha! Kecohabes saje2 nk kongsi ngn korg..lagi2 bulan posa nih kan..kalo bab makanan, laju korg tgk..hehe! Agak2 korg la kan, mamat bawah ni bangang pandai?Jawap jgn xjawap..hehe! Enjoy!
Friday, August 5, 2011
Berus Kosmetik SimplySiti Dari Bulu Babi, Tidak Lepasi Permohonan Halal
KUALA LUMPUR – Keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti keluaran syarikat milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza adalah bulu babi.
Justeru, permohonan produk berkenaan bersama belasan produk lain untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ditolak oleh mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia, demikian menurut sazuya.blogspot.com.
Kegagalan permohonan itu disahkan menerusi sepucuk surat dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bertarikh 20 Julai yang lalu dan ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
Selain SimplySiti, syarikat dan produk-produk lain yang turut gagal dalam permohonan untuk mendapatkan sijil berkenaan Elken Sdn. Bhd., Kyros Kebab, Noodle Station, Puratos Sdn. Bhd., Kilang Makanan Mamee Sdn. Bhd. dan Roti Utama.
Sementara itu, blog beautifulnara.com berkata, pihaknya agak pelik sebab kalau tak silap dulu pernah dengar cerita yang Simply Siti telah disahkan halal oleh pihak-pihak tertentu.
“Kenapa tiba-tiba boleh jadi tak halal pulak? Kita nantikan penerangan daripada pihak Simply Siti kelak,” katanya.
Pada bulan Mei 2010, kurang dua bulan dari permulaan jualan produk itu di pasaran, SimplySiti menerima anugerah “The Best Halal Product” dalam kategori Kosmetik oleh Halal Journal Magazine.
SimplySiti, produk kecantikan dan kosmetik yang diasaskan oleh Siti Nurhaliza pada bulan Mac 2010 bakal melebarkan sayap perniagaannya ke Brunei dan Indonesia.
Siti adalah Presiden dan pemilik SimplySiti Sdn Bhd.
Mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk kosmetik SimplySiti, bolehlah melayari www.simplysiti.com.my.
Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini, memetik ohbulan.com.
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza
Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.
Sumber : mynewshub
iKLan GANGSTER
Serius lawak doh video nih.. pandai plak dorg ni blakon balik gaya dlm filem KL Gangster tu.. xcaya korg tgk la sndr.. lawak sungguh...Kreatif jgk dorg nih..hahaha! Enjoy!
Rumah 27 tingkat hilang
Lelaki terkaya India mungkin akan kehilangan rumah kediaman beliau apabila terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa tanah bagi rumah tersebut telah dijual secara haram.
Mukesh Ambani, individu ke-9 dalam senarai individu terkaya dunia, telah berpindah bersama-sama isteri dan anak-anak beliau ke Antilia, sebuah kediaman 27 tingkat di Mumbai, tahun lalu.
Rumah tersebut, yang diaktakan bernilai lebih daripada AS$1 billion, mempunyai tiga helipad, panggung wayang 50 tempat duduk, beberapa kolam mandi, sebuah dewan tari-menari, tempat letak kereta enam tingkat untuk 160 buah kereta dan kawasan untuk 600 pekerja.
Ianya dibina untuk melambangkan kejayaan beliau daripada seorang anak kepada pekerja stesen minyak kepada individu paling berkuasa di India dengan harta melebihi £16 billion. Namun, beliau mungkin akan kehilangan rumah tersebut.
Mohammed Arif Naseem Khan, Menteri Hal Ehwal Minoriti berkata bahawa kawasan tersebut telah dijual secara haram oleh sebuah badan kebajikan kanak-kanak yang mengoperasikan sebuah rumah anank-anak yatim di kawasan tersebut.
Beliau berkata bahawa tanah tersebut adalah milik Lembaga Wakaf tersebut, sebuah lembaga yang mengawal tanah-tanah warisan Islam dan badan-badan kebajikan di India.
Tanah tersebut telah diberikan kepada badan amal untuk digunakan sebagai rumah anak-anak yatim bagi kanak-kanak Islam, tetapi Currimbhoy Ebrahim Khoja Orphanage Trust bertindak menjual tanah tersebut kepada syarikat Ambani pada tahun 2002 dengan nilai £3 juta.
Perjanjian tersebut telah diluluskan oleh pesuruhjaya badan amal tersebut, tetapi bukan oleh Lembaga Wakaf, mereka (lembaga wakaf) juga sejak itu telah mengenakan tindakan mahkamah bagi mendapatkan kembali tanah tersebut.
Khan berkata,”Kami telah melantik sebuah suruhanjaya siasatan bagi menyiasat perkara ini.”
Keputusan sama ada khidmat Biro Siasatan India (CBI) diperlukan atau tidak akan ditentukan apabila keputusan siasatan semasa telah dikeluarkan. Tambah Khan lagi.
ND Pathan, Ketua Eksekutif bagi Lembaga Wakaf Maharashtra mendakwa bahawa penjualan tanah tersebut adalah haram dan kedua-dua badan kebajikan kanak-kanak dan pesuruhjaya badan amal tidak dibenarkan untuk meluluskan sebarang perjanjian bagi menjual tanah tersebut.
Wakil bagi syarikat Ambani, Reliance Industries Limited berkata bahawa pertelingkahan ini adalah masalah bagi badan amal dan Lembaga Wakaf. “Ianya merupakan aset bagi Wakaf,” kata beliau. Anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut telah dipindahkan ke kawasan lain setelah tanah tersebut dijual.” Badan amal tersebut menafikan kesalahan yang mungkin telah mereka lakukan.
Sumber : Mynewshub
Thursday, August 4, 2011
Jurutera mengaku tipu kajian Internet Explorer

VANCOUVER, Kanada - Satu kajian terbaharu yang menyatakan bahawa pengguna perisian komputer Internet Explorer (IE) memiliki kecerdasan intelektual (IQ) rendah sebenarnya satu penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut yang mendakwa bahawa pengguna IE adalah bodoh dijalankan oleh sebuah firma Kanada, AptiQuant.
IE merupakan perisian enjin carian Internet keluaran firma Microsoft yang diasaskan oleh orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates.
Penipuan itu terbongkar selepas sebuah laman berita perniagaan, Computer Business Review (CBR)mendapati laman web AptiQuant mengandungi imej dan teks yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test.
Pembohongan itu jelas terbukti apabila CBR menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan.
Seorang jurutera web kemudian mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE.
"Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web," kata lelaki tersebut.
Rupa Ronaldo sekarang
Ronaldo merupakan salah seorang penyerang terhebat dari Brazil. Tp skrg dia da bersara dah kalo xsilap. Cube korg tgk rupe dia dulu n sekarang.. same tak?(3 gambar)
Lawa x perot dia?
yang ni, dia tiru makcik tu ke or makcik tu tiru dia?hahaha!
Credit : Media Malaya
Sebelum dan Selepas
Kalo korg tgk pic tu, nampak mcm biase je kan? tp korg xtaw ape fungsi dia.. agak cambest jgk la.. Kat Malaysia xda lagi nih...Kalo ade, share ngn Kecohabes ekk..Kalo korg nak taw ape yg best menda tu, korg kena la tgk ek..hehe! jgn malas2..Enjoy!
SEBELUM
SELEPAS
p/s : kalo ade kat Malaysia nih, sure xlaku alat penimbang tu..hehehe!
Wednesday, August 3, 2011
Warden juvana masa tua
Korg tgk la video ni.. kisah Warden juvana masa dia tua.. dia mengamok xpuas ati dengan si daim tu.. Mcm2..smpai tua pon still dendam..haih! Enjoyy!
Tuesday, August 2, 2011
Pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.
Credit : Kosmo
p/s : Sape gune IE tu? Ngaku cepat! IQ korg rendah tu..hehe! Seb bek Kecohabes mmg pengguna tegar Chrome + Firefox..hehe..!
Anjing ikut cakap
Baguskan anjing tuan nih? Elok je dia duduk atas moto tu..xda nak ikat ape2 pon..mmg ikut cakap tuan dia tu.. Tuan dia pon relax je g usung anjing2 dia tu...Bukan seko, tp 2 eko tu..hebat sungguh..haha! Camne la dia didik anjing2 dia tu kan..Kagum Kecohabes tgk gambar tu..sorry gambar xbape nk clear..huk3..~
p/s : Ce korang try bwk kucen korg duk camtu plak..bleh x die ikut?hehe! :P
Monday, August 1, 2011
Ragam ketika berbuka
Selamat berbuka ye korang sume.. amcam hari pertama puasa?ok x? makan byk ke td?huk3..sure sume mcm ular sawa dah..jgn lupe g terawih jap lg.. Kali ni Kecohabes nk share video je..xpasti la korang da tgk ke blum.. Tp video ni mmg lawak..berkisarkan semasa nk berbuka..Kecoh btol org tu nti..mcm Kecohabes..kah kah kah..korang layan la sndr.. Kecohabes nk siap2 nk g terawih.. Enjoyy!!
p/s : lawak x?lawak x?hahaha!! Mcm2 dorg nihh..~
Sunday, July 31, 2011
Sharpener yang cool!
Jarang kita jumpe kat Malaysia ni yg design sharpeners dia pelik2..slalunye yang 20sen tu jela..kat blakang ade cermin..skrg ni xtaw la bape harga die..Ce korg tgk design yang Kecohabes share nih...Sangat cool design sharpeners dia! Barulah semangat sket nk menulis ye x..tp jangan tumpul dahle.. hehe! Enjoy! (11 gambar)
Selamat Menyambut Ramadhan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati.. Sambil tu, jangan lupe tunaikan macam dalam gambar tu yea... :) Bulan Ramadhan baru nak mula.. jangan nak ponteng2 posa plak..hehe! Semoga korang suma dapat puasa penuh! Amin. Ikhlas dari Kecohabes..
p/s : Jom sama2 niat puasa sebulan malam ni.. jangan lupe niat pulak ek!! And jangan lupe terawih skali!! =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Lawak
(69)
Pelik
(60)
Informasi
(30)
Bangang
(24)
Cool
(23)
Video
(22)
Unik
(17)
Fail
(11)
Sengal
(10)
Worldless Wednesday
(8)
Bola
(7)
Serius
(7)
Awek
(4)
China
(4)
artis
(4)
Gabungan
(3)
Harimau Malaya
(3)
Kereta
(3)
Malaysia
(3)
Puasa
(3)
Ramadhan
(3)
Santai
(3)
Singapore
(3)
perempuan
(3)
Baby
(2)
Boy
(2)
Bra
(2)
Bulu
(2)
Buncit
(2)
Cat
(2)
Chrome
(2)
Comel
(2)
Couple
(2)
Exam
(2)
Firefox
(2)
Gamer
(2)
Girl
(2)
Google Chrome
(2)
Horror
(2)
Internet Explorer
(2)
Keretapi
(2)
Kosmo
(2)
Kucing
(2)
Sebelum dan selepas
(2)
Superb
(2)
Taik
(2)
Wedding
(2)
rumah
(2)
tv3
(2)
2014
(1)
27
(1)
Agama
(1)
Alien vs Predator
(1)
Anjing
(1)
Apple
(1)
Arab
(1)
Arsenal
(1)
Babi
(1)
Bahaya
(1)
Berbuka
(1)
Berus
(1)
Bibir
(1)
Billionaire
(1)
Binatang
(1)
Boobs
(1)
Brazil
(1)
Bus stand
(1)
Ciplak
(1)
Cosplay
(1)
Cun
(1)
Daim
(1)
Deodorant
(1)
Diving
(1)
Duit
(1)
Extreme
(1)
Fat
(1)
Fesyen
(1)
Filem
(1)
Friend
(1)
Game
(1)
Gangster
(1)
Geli
(1)
Gila
(1)
Gol
(1)
Google
(1)
Gym
(1)
Hack
(1)
Hair
(1)
Halal
(1)
Handphone
(1)
Iklan
(1)
Implant
(1)
India
(1)
Indonesia
(1)
Israel
(1)
JPJ
(1)
Jambatan
(1)
Japan
(1)
Jersi
(1)
Juvana
(1)
KFC
(1)
KL
(1)
Kangkang
(1)
Kawan
(1)
Kek
(1)
Kembar
(1)
Kesian
(1)
Kosmetik
(1)
Liverpool
(1)
MU
(1)
Manchester United
(1)
Manu
(1)
Mata
(1)
Mercedes
(1)
Mickey
(1)
Mynewshub
(1)
Nakal
(1)
PC
(1)
Pencil
(1)
Perak
(1)
Pervert
(1)
Piala Dunia
(1)
Pink
(1)
Plat
(1)
Poster
(1)
Princess
(1)
Puteri
(1)
Rambut
(1)
Raya
(1)
Romantic
(1)
Ronaldo
(1)
Safee Sali
(1)
Sharpener
(1)
SimplySiti
(1)
Siti Nurhaliza
(1)
Smart
(1)
Sokernet
(1)
Spender
(1)
Spongebob
(1)
Style
(1)
Suka-suka
(1)
Surgery
(1)
Swimming
(1)
Syiling
(1)
Teapot
(1)
Teknologi
(1)
Terjun
(1)
Tindik
(1)
Tip
(1)
Toilet
(1)
Typography
(1)
Urinal
(1)
Website
(1)
Weight
(1)
Weird
(1)
World Cup
(1)
Ziana Zain
(1)
aksesori
(1)
bajet
(1)
free
(1)
ipad
(1)
lelaki
(1)
mcd
(1)
mcdonald's
(1)
panda
(1)
photoshop fail
(1)
receipt
(1)
seksi
(1)
telur
(1)
tingkat
(1)



























Subscribe to email feed



